Tuesday, September 9, 2008

SMART CONSULTANT & MOTIVATION

aSSALAMUALAIKUM...

WAH.. bagoslah aktiviti kat sekolah arini.. first of all, aku nak mengambil kesempatan tok menyampaikan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Mohamed Anur bin Hj. Yusof... Beliau telah pon memberikan ceramah yang bagos lagi bermotivasi kepada kami semua(pelajar ting. 3 SMK Seri Ampangan). Isi ceramahnya yang mantap membuat semua pendengar terpegun kearahnya.. dengan lawak spontan dilakukan demi mengembangkan otak kami. memang tidak dinafikan beliau adalah seorang yang mempunyai banyak pengalaman dalam aspek pembelajaran&pendidikan. ni lar aku sertakan pengalamannya::::::

Pengalaman beliau:::
  • 5 tahun mengajar di sekolah rendah
  • KaunselorTalian Shabat Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Kuala Lumpur
  • kaunselor sekolah menengah harian
  • kaunselor di Sekokah Menengah Sultan Hj. Ahmad Shah Pekan Pahang (SBP)
  • Pensyarah bidang psikologi di Maktab Perguruan Keningau Sabah
  • telah mengedalikan pelbagai kursus motivasi si semenanjung Malaysia & Sabah,Sarawak.
  • Pensyarah sambilan di Universiti Putra Malaysia.
  • Panel Penilai Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Bimbingan&Kaunseling UPM
  • Pensyarah sambilan di Kolej Darul Hikmah Kajang Selangor
  • Pensyarah jemputan Radio Malaysia-ruang dinamik
  • Pakar dalam bidang Kaunseling

Kelulusan beliau:::

  • Sijil Perguruan, Maktab Perguruan Lembah Pantai, KL
  • Diploma Bimbingan&Kaunseling IPSI (UPSI) Tg. Malim, Perak
  • Diploma
  • Kepengetuan Kebangsaan (npqh) Institusi Aminudin Baki
  • Sarjana Pendidikan Bimbingan&Kaunseling, Universiti Putra Malaysia
  • Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Doktor falsafah Pengurusan Pentadbiran&Pendidikan 2003/2006-UKM

Aku ingat nak share lah apa yang diberikan.. ni khas untuk bebudak evam lar ok..-UPSR/PMR/SPM/STPM

Petua menghadapi peperiksaan:

  • Niat belajar untuk berjaya
  • Doakan ibubapa
  • Doakan guru-guru
  • Maafkan ibubapa setiap malam
  • Jangan tinggal solat- buat solat hajat(lakukanlah solat hajat selepas solat maghrib)

Sentuhan Terakhir Sebelum EXAM:

  • Nantikan dengan hati yang gembira-hakikatnya semua orang menduduki exam
  • Jaga kesihatan diri
  • Buat latihan secara terancang-soalan past year
  • Elak terlalu banyak menonton TV
  • Berdoa kepada Allah swt sebelum tidur

Malam peperiksaan:

  • Kumpulkan semua alat-alat tulis
  • Tidur awal
  • Siapakan jam tangan
  • Ampunkan dosa ibubapa&doakan mereka
  • Ampunkan dosa guru&doakan mereka
  • Bisik dalam hati-yakin boleh jawab

Langkah dari rumah ke dewan peperiksaan:

  • Bangun awal-solat Subuh
  • Sarapa pagi
  • Makan vitamin-jika ada
  • Salam ibubapa-minta izin restu
  • Datang awal ke sekolah
  • Turun rumah dengan Bismillah dan dengan langkah kaki kanan

Petua Yakin diri di dewan exam:

  • masuk dewan dengan bacaan Bismillah&selawat. dahulukan kaki kanan. baca doa
  • duduk dengan selesa
  • dengar arah pengawas
  • sentuh kertas dengan bacaan bismillah
  • baca arahan-2 kali
  • jawab solan yang mudah dahulu
  • jika terlupa selawatlah sebanyak 3 kali
  • jika ada masa, semaklah jawapan

In the same time, doakanlah Tuan Haji Mohamed Anuar bin Haji Yusof agar selamat sampai ke Kota Suci Makkah pada 15 September 2008 nanti..

Lama daaaa...

Assalamualaikum... hye!! puasa tak?? haa.. bagos-bagos.. hope korang sumer dapat ler puasa penuh erk.. kali ni actually aku nak cerita lar perkara/aktiviti yang aku n frenz buat time cuti seminggu bulan 8 dulu.. time tu we all sumer ader kelas kat *****.. tak leh bgtau korang kat maner aktiviti tu sebab aku nak citer pasal tempat niey. the scary one.. hehehehe.. we all ader kelas in 5 days.. so, masok hari yang keempat we all pergi ar macam biasa tapi takder cikgu.. meradang gak n dapat tahu most of the teacher ada tah apa namanyer, PTK.. something like that lar.. ikot information PTK niey utk cikgu-cikgu dptkan kelulusan apa tah! ermm.. penilaian kecekapan guru-guru rasanya.. dua jam we all tunggu... aku naik boring n decide nak pergi bangunan 4 tingkat tuu... so, aku n frenz naikla tingkat yang ke-tiga dimana terletaknya sebuah bilik yang dikatakan berhantu tuu.. aku mmg willing nak tengok 'that thing'. tapi nak buat macam mana dah takder rezeki... bilik tu adalah bekas bilik pemimpin pelajar n bilik tu disediakan tandas.. banyak.. so, aku pergilah kat sana... bad smell! i don't know Y. tapi ramai dah orang cerita about satu lembaga hitam. BIG ONE. aku tak dapat nak sahkan betol ke tak sebab aku sendiri tak dapat nak tengok.. so, hari yang memboringkan telah membawa aku kesana.. masuk dalam tengok-tengok.. ada siling yang dah berlubang... terok! memang bersepah.. aku tak berani lar nak masuk sampai dalam lorong tandas tuh! juz tengok2 dari luar.... so, ini lar gambar yang sempat aku tangkap.. sorry.. kabur siket! :::::::
so,kepada sesape yang tahu tempat niey, rahsiakannn...!!!sshhh..

ni lar bilikyer!!!


























siap posing lagi erk!!!!ni lar tandas yang aku cakap. hey.. apa barang amik gambar kat tandas nih!

Lama daaaa...

Sunday, August 31, 2008

Malaysia ku gemilang...



Assalamualaikum.. sihat??? haaaaaa... bersempena hari merdeka yang ke-51 niey, aku nak ucap lar kan.. selamat hari merdeka kepada semua rakyat MALAYSIA.. buat per arini?? haa.. mesti ada diantara rakyat MALAYSIA yang menyertai perarakan di KL... do the best for our holy country... lihatlah tangan diatas ni yang bagaikan menggapai suatu kejayaan yang kita miliki kini. Tetapi, adakah semua kejayaan menjadikan kita semua menjadi lebih baik? cubalah korang fikir... budak skang... remaja skang.. is it better for u???? no..no..no.. abad ini menjadikan remaja makin terok... lihatlah plak gambar kat bawah ni.... ish.. ish.. ALLAH mengurniakan kita akal untuk berfikir agar kita lebih baik daripada hari ini... dan lusa lebih baik daripada esok. fikirkan lah...

Friday, August 29, 2008

Ramadhan yang kutunggu-tunggu


Assalamualaikum sumer... buat per tu?? ooo... tengah plan tak pose yer?? mana leh.. kene poser.. dose tau! hehehe... anyway, dua hari lagi dah nak poser.... marilah kita mengumpul segala kekuatan untuk menegakkan ukhwah keimanan agar lebih kuat untuk menentang segala yang enggan dihinggapi dihati yang dilindungi Allah sentiasa ini... marilah juga menunaikan fardu kifayah yang satu ini.. terawih.. agar rumah yang kosong ini akan dihiasi dengan bunga-bungaan suci hasil ciptaanNya...
~SELAMAT BERPUASA..~

Tuesday, August 19, 2008

HI-TEA di Spanish Villa.

Assalamualaikum... ai cumer...
Petang tu lopeh pi putrajaya aku pergi la hi-tea kat Spanish Villa at Senawang (16/8/08).. ni under prefect smk seri ampangan. best lar!! sampai2 dah kener sambut ngan someone.. nak tahu?? ehhh.. ada lar! rahsia.. so, we all makan sambil enjoy satu sketch from our probates.. nice sketch! mmg tergelak lar.. nthen de event sambut harijadi untuk everyone. so, makan lar kek kopi.. sedap kek tu.. u know, ade satu edegan romantik yang aku alami masa nak makan kek tu. someone wish for my birthday pakai mic! mmg terkedu.. ha? siapa?? mana boleh bagitau... rahsia! korang jangan pikir macam2.. no couple2 yer! nak pmr ni.. der lar secret admirer.. jangan jealous! hehe.. anyway, let's continue our party okay?? so, kitorang sambung hi-tea until 9 p.m.... b4 that, solat maghrib dulooo... malam tu juz der karaoke... tukar-tukar adiah.. n annoucement probates yang dapat jadi prefect.. mmg time engang n happy..aku one of the senior n aku dapat gak pick-up which probates yg okay. tapi, that's teacher's result. nak buat macam ner... masa nak balik, ada lagi yg paling romantik.. tapiiiiii... tak nak ar citer.. hehehe...
haaa.. ni kek birthday yang perisa k0pi tu... dijamin sedap!

time ni kitorang (sumer senior) tengah nyanyikan lagu kenangan terindah.. ala.. sempena pencen kitorang nanti.. hehe.. aku yang pakai baju warna merah bertudung putih tu...


gambar kenang-kenangan..

abang Nuar ku...

Assalamualaikum... harap semuanyer sihat yerk!
last saturday(16/8/08), pagi-pagi lagi aku satu family dah bertolak gi putrajaya coz abang Nuar aku, anak pak ngah aku ler nak bersanding.. naik pelamin.... so, from seremban niey, around one n half our lar sampai saner.. nice pelamin.. nice wedding.. souvenir pown unik! good..good... sampai saner we all lepak dalam rumah.. jumper sedare yang lain nthen pi makan.. pown riuh ler jumper cousin sumer!





ni lar pelamin tu.. nice kan???

ni lar plak pasangan pengantin nyer... bagai pinang dibelah dua plak!

~MOHD NAZRI N SITI NUR ASWANI~

Assalamualaikum... olla.. olaa..
pe kabo?? demam?? haaa.. padan muka! saper suruh diri tongah panas! hehe... whateva! nak tahu satu citer tak?? actually niey citer agak lamer tapi nak gak citer kat korang. hehehe... eh, takder lar lamer sangat.... kenal tak saper ~MOHD NAZRI N SITI NUR ASWANI~??? sebelom birthday aku, 10 haribulan 8 tu, ada kenduri kahwin.. kawan aku punyer abang. kawan aku tu Ahmad Suhairi.. tak kenal kan??(aku tahu tu..). dia invite satu kelas gi terjah rumah dia kat Taman Ampangan tu ha. so, aku pon pergi ar after finish my tuition classes.. angah aku anta.. TQ ngah yer.. abiskan duit minyak.. hik..hik.. time kat saner best gak.. coz dapat ejek kengkawan yang lelaki coz dorang telah bekerja keras untuk menjayakan majlis tu... Akmal yang basuh pinggan tak abih-abih.. hehe.. firdaus, khairil n herman yang deliver pinggang mangkuk yang kotor.. wuahahahaha.... yang pempuannye, makan lar apa lagi.. hehehe... nak tahu tak... pengantinnyer tu cun siot. handsome vs cun.. percayalah cakap aku ni..

something funny actually terjadi kat aku n member yg lain. nak naik bus tak gheti.. haaaa. confirm korang gelak punyer.. tunggu punyer tunggu bus tetap tak datang. so, kitorang naik kaki... lantak mendarat kat satu lagu station bus. der lar segroup laki2... pown.. takder bus.. kaki lagi jadi pilihan.. last-last bus ada tapi kitorang terlepas plak.. buat malu ngan dak laki tadi coz diorang dah naik bus tu.. hish! buat malu jerk!








ni ler pasagan pengantin tu.. yang lelaki tu abang kawan aku... cun kan?? purple lagi!





ni lar tiga bebudak yang tolon time majlis tu..


dari kiri; kharil... firdaus.. herman..










haa... ni lah kitorang.. aku yang berbaju oren berbunga tu.. ala.. yang pose maut tu.. hihi.. nilah kenangan bergambar bersama.. dari kiri;

aku(mimie),mira,naz,fatin,amy,ain...

Tuesday, August 12, 2008

TANGGAL 11/8/08.....











Assalamualaikum.... hai!






tahu tak tarikh tu tarikh per? that's my birthday! wish... wish.. that night aku celebrate dengan family.. best! mama n abah yang nyanyikan lagu birthday untuk aku.. hihi.. terharu.. sangat.. THANK YOU, MA.. BAH... after that, sesi bergambar ler.. b4 that, linda my fren ada bagi present.. u know what, dier bagi patung.. suker sangat! comel tau! tengok lar gambar dier.. comel kan?? kan?? kan???? yang sedih.. along awie takder time tu... tak lengkap lar satu family... takper..takper.. aku tetap ingat ko! thanks for wishing me yeah, along! hmmm... kek tu actually aku yang pilih sendiri... biar aku yang pilih coz nanti aku sendiri tak puas hati.. korang pown macam tu kan?haa.. nampak gambar kek tu?? che.. semagat nak merdeka.. siap pilih ada lambang klcc lagi tu.. hikhiks..
korang nak tau??? 11/8/08 gak actually anniversary mama n abah aku.. so, bacer lar kat kek tu.. we all celebrate sekali tau.. jangan marah.. jangan jealous... hehehehe..

Kat sini aku nak amik kesempatan tok sampaikan terima kasih bebanyak kat 3 kiambang gurls coz u all wish aku tak henti-henti.. naik penat gak aku bersalam ngan diorang. hehehe...
n then yang paling best, diorang nyanyikan lagu birthday for me kat sekolah.. tapi bukan dekat kelas tapi dekat tangga. apa-apa je lar.. janji happy.. memang riuh giler sampai tak sedar bebudak situ tengah belajar.. hik..hik..

BAHAGIANYER AKU...

Wednesday, July 30, 2008

Perpisahan itu......







Assalamualaikum....... ha... bacer yer adik-adik.... last wednesday, berpisahlah aku dan rakan-rakan sekelasku dengan cikgu Saiba iaitu cikgu praktikal pelajaran kelas aku... memang surprise.. tup..tup.. cikgu bawak kamera mausk kelas n said cikgu dah nak chow.. apa lagi, aku tak meraung der.. juz dengan langkah seribu aku cakap... " Cikgu,, saya nak tangkap jugak!!!" jeritan aku memang diundang... dengan muka tak malu aku berdiri dibelakang cikgu n catch it! haaa... ampak sibiru kat belakang cikgu tu... that's me lar.......... huhu..... anyway,, budak lelaki pown tak lupa untuk memaluka diri diorang.... POWN tangkap gambar sekali.. but guys only... n girls only.... tak campok... bukan mahram tu!! nnnnnnn... cikgu dengan rasmi chow dari smk Seri Ampangan Jumaat lepas... isk..isk.. cikgu,,, jangan lupa kiter tau.... waaa........ cayang cikgu....









  • Cikgu, kalau kami ada salah silap maafkanlah kami(3KIAMBANG)...



  • Cikgu, jangan lupakan kami walaupun kami selalu buat bising dalam library.(guys punyer koje)



  • Cikgu, sejahterakan kami..



  • Cikgu, kami mendoakan kebahagiaan cikgu...

Wednesday, July 23, 2008

Trip to ILP....(prefect trip)








Assalamualaikum.. ai sumer!!!! haa... hari ni aku nak cito sikit lar pasal aktiviti pemimpin pelajar di ILP yang aku join jumaat lepas. hmm.. pada mulanya memang aku malas nak pergi sebab belajar pasal komputer.. bukan tak suker tapi aku dah tahu benda tu. hmm.. anyway, aku gagahkan jua kaki ini untuk melangkah masuk kedalam bas dengan lenggok 'catwalk' ku.. hok!hok! mestilah nak jalan bebaik! daripada diri ni kener sumbat dek cikgu kasar-kasar.. baju mahal tau! koyak plak kang.. hehe.. back to the story, so,,, we all belajar pasa; buat brochure jer.. agak bosan sebab penceramahnyer inform banyak pasal software.. bercanggah dengan niat aku untuk kesana.. aku ingatkan banyaklar dapat belajar pasal brochure n others... rupa-rupanya.................................... no komen.. hehe after 3 jam berada dalam komputer lab, we all di bawa untuk melawat bengkel pelajar jurusan mechanical engineering... tapi sesiapa yang study kat situ juz dapat label bawah daripada engineering or architec yang sebenar. haa.. mula-mula kiteorang pergi bengkel yang ada proses-proses niey.. tak baper clear sangat lah! nthen pergi dekat pelajar sem 2.. time tu, diorang rengah buat plan rumah pakai system dekat komputer.. cantikkkk.......... rugi korang tak pergi. jangan jealous! hehe.. nthen, pergi plak kat budak sem 4.. diorang buat plan secara teknik plak.. macam.. design pakai kadbod lar.. ada kayu lapis dengan span semua... macam-macam.. memang kreatif.. memang cantikkkkk..... hah! dah pown tamat perjalananku.. hehe.. bye!
mana aku bersembunyi dalam gambar?? carik-carik!!!!

Monday, June 30, 2008

hari-hariku....




Assalamualaikum.. selepas malang menimpaku.. tibalah hari yang gembira untukku.. pada 28 jun 2008.(cewah, macam pemberita lar plak.)ha! pagi tu smk seri ampangan meraikan hari usahawan muda yang keberapa aku tak tau.. ko tanyer lar orang lain. pagi yang indah, aku datang ke sekolah untuk menjaga gerai scout untuk dua jam yang pertama... dalam dunia tiada apa yang mustahil betul tak?? saat-saat akhir aku nak bla selepas menjalankan tanggungjawab, tiba-tiba ada satu sound hinggap kat telinga aku! hadiah untuk para pengunjung gerai sudah dipecahkan oleh aku! waaa.. that time, i've no word to say!! terkejut giler.. Lucky, aku tak perlu membuat apa-apa bayaran cuma membuat perkhidmatan tanpa gaji jer.. iaitu,,, sapu kaca-kaca yang pecah tu.. so, apalagi.. dengan langkah yang pantas aku pergi lar mencari penyapu untuk menyapu.. gerai ke gerai aku cari.. tetapi tak der penyapu. in fact, pelajar tidak dibenarkan masuk ke kelas yang tidak digunakan untuk berurus niaga.. terpaksa lar aku merayau around gerai jerk.. finally! aku dapat pinjam penyapu drpd kelab catur yg mengadakan pertandingan catur dengan kadar bayaran entah berapa.lega rasa hati selepas mengucap maaf berkali-kali... hihi.. tepat dua jam, aku pun keluar untuk round-round sekolah.. aku buat pemerhatian hari usahawan kali ni tak semeriah dua tahun lepas.. anyway,, layan jer lar.. petang tu as usual lar aku pergi tuisyen... ngntuk tau coz pagi dah guna tenaga lebih sikitkan.. haaaa.. tibalah satu masa... pukul 8 malam aku n family meraikan birthday adikku yg ke-6... bez.. macam-macam kiteorg makan. dah tegak perut adik aku.. hehehe.. apa-apa pown, aku bersyukur sangat kepada Allah s.w.t. kerana mengurniakan rezeki untuk family aku menggembirakan adikku ini...

Tuesday, June 24, 2008

malangnya...

Assalamualaikum... malangnya aku minggu niey.. hari pertama datang ke sekolah dah kener inject. fuhh! sedap kene inject.. demam sehari aku jadinyer.. tangan tak boleh angkat.. menyeksakan betol!! yang cuaknyer, kuku aku change to blue diz morning.. my mum dah melenting.. suruh jumpa doktor.. tapi aku refuse... nak buat observation dulu kat sk.. mana tahu ada yg dark blue ker. hehe. after a while, biru tu dah hilang. alhamdulillah lega rasanya. sudah jatuh ditimpa tangga lar katakan,,,,... aku diarahkan memakai spectacles. dah rabun lar mata niey actually. bengangnyer! da next day is the day after today.. haha.. no lar.. hari akademik tau! dah ar result macam aper jer.. kener lar bawak abah pergi kelas dengan perasaan yang tak segempaq result.(macam result gempaq)...

Tuesday, May 27, 2008

masa itu...

Resah.. gelisah... aku jadinyer.. mana tak nyer.. lambat lagi sekolah nak start.. kelas juz dua hari pertama ni nthen holiday secara rasminyer. ...but that's not what I want! wargh.. kulihat setiap bait-bait muka rakan kesayanganku yang duduk sekelas denganku.. semuanya berseri-seri menyambut kedatangan cuti ini.. argh!! dapatkah aku bertahan?? jadual aku dah create.. tapi usually cuti-cuti ni bukan otak yang berat tapi badan yang makin berat.. adoih... anyway, i'll try my best! BaXiA!!!!

Saturday, May 24, 2008

wah...

Setelah tiga hari aku bersama blog yg sudah pown menjadi blog kesayanganku ini, banyak pembangunan pesat yang membangun.. hiks..hiks... macam-macam lar.. tengok sendiri dah nampak kan.... juz tak banyak artikel yang dimuatkan.. so, bacer lar apa yg ader.. hehe... so, as a new member dlm blog niey, korang-korang kat luar bagi-bagi lar suggestion... ker. nak kritik pown boleh... blog niey utk keselesaan khas utk semua........ pembaca. dalam penghasilan blog niey, aku masih lagi perlu banyak buat observation kat blog-blog lain.. untuk mencipta maybe sedikit kelainan.. sikit jer! tak banyak... anyway, arini ari sabtu.. esok ahad..... usually, i'll go to my tuition class kat Institut Le Sean di SoRoMbaN... dua hari ni lar tiap-tiap minggu... cakap pasal tuition lar kan, aku mmg suker pergi coz klu kat umah, aku tak suker tengok TV. nak bacer buku sendiri?? alamatnyer buku yg dpt score A coz ari-ari dok bacer aku. hehe.. nak hadap PC 24 hours?? pengsan aku, mama n abah tak larat nak angkat... hak hak.. berat aku niey.. ok lar, wa nak pi touch-up... ready for tuition!!!

Thursday, May 22, 2008

da BOOM holiday....

Assalamualaikum .. cuti niey buat aper??? cuti niey den pogi kolas... ado extra lo.... anyway, itulah jalan hidup seorang future PMR candidate... kene attend kelas to do da bez!!! tiga hari yang pertama dalam percutian korang, aku akan duduk di dalam kelas pada barisan pertama di tempat duduk paling hadapan... ha... first class punyer tempat tau.. kat situlah aku memasukkan semua yang di ajar oleh cikgu tercinta.. ajaran yang diturunkan tidak terlepas daripada dikaut oleh aku dan seterusnya dimampatkan ke dalam otak niey. chewah!! macam bola nak masuk gol jer.. hehe.. bagi aku lar, extra niey mmg bagus.. tak lah bg aku buang maser banyak sgt kat umah pandang PC niey. betul tak?? haa... kan dah mengangguk tu... mmg sumer kata-kata aku betul.. Allah! poyo plak.. anyway, aku ucapkan lar... epi holidei kat korang.. ha... mandi laut jangan dalam-dalam.. kang lemas aku tak dapat nak tolong.. aku dok kat dalam kelas.. belajor... hiks..hiks.. chow!

=tiada istilah sahabat sejati di dalam dunia ini kerana mereka tidak dapat membelai erti persahabatan melainkan diri kita sendiri.. bersahabatlah dengan hati kecilmu..=

Assalamualaikum

Akhirnya aku dapat create blog sendiri.. Argh!! Mid-year baru jer abis.. raser macam nak meletup otak ni biler study memanjang. hati ni masih lagi tak tenteram coz still tak tahu result. saat ni ... aku berada di hadapan PC kesayanganku.. hahaha.... sebenarnyer, dah lama niat nak buat blog niey.. tapi bak kata orang, belum terbukak hatinyer... sempena hari terakhir mid-year niey buang lar masa banyak siket depan PC niey kan.. dah lebih kurang dua minggu lar tak jumpa. hahak! rindu beb! dalam blog ni aku actually belum ader perancangan lagi nak create konsep macam maner. anyway, holiday next week.. aku korek ler ilham kat otak niey. walaupun baru jer post warm-welcome untuk korang-korang yang masuk blog niey..... enjoy lah...

=sucinya kasih itu bagaikan angin bayu yang menerpa telus kepipimu..=
 
Blog Template by Delicious Design Studio