Friday, July 24, 2009

Ceramah Israk & Mikraj di SMK Seri Ampangan

Salam sumer! :D


24/7/09..Hari Jumaat hari yang mulia,,kan? So, Sempena peristiwa Israk&Mikraj, SMK Seri Ampangan menjemput Uztaz Norazman untuk menyampaikan ceramah. Ceramah tue interesting sangat. disebabkan uztaz selitkan lawak then tak lar boring. dalam ceramah tue, Uztaz tak lar straight to the point cakap pasal peristiwa bersejarah tue. but, ader selitkan joke yang sama makna dengan peristiwa tue.

yang aku ingat and aku suka lawak niey;;

Ada seorang Sultan yang ingin mengahwinkan puterinya dengan rakyat jelata. tetapi, dengan syarat, pemuda tersebut haruslah BERANI. jadi, suatu hari, semua yang ingin diuji keberaniannya pun berkumpul ditempat yang ditetapkan. Tanpa melengahkan masa, Sultan tersebut memberitahu tentang peraturan pertandingan yang bakal membuktikan tahap keberanian pemuda-pemuda kampung itu...

Sultan: Maka dengan ini, setiap daripada kamu harus menyeberangi sungai ini.

Pemuda-pemuda kampung: (Tersenyum sinis. Perkara itu sangat mudah sekiranya apa yang diminta itu hanyalah menunjukkan bakat berenang mereka.)

Sultan: Di dalam sungai tersebut, telah diletakkan buaya hidup yang sedang kelaparan. Mereka menanti daging manusia.

Pemuda-pemuda itu tergamam. Sultan bersuara lagi.

Sultan: Beta akan mengira dari angka satu. Jadi, kalian boleh bermula menyeberangi sungai ini.
.............................1..
Langsung tiada yang memulakan.
...............................2......
Juga tiada..
dan.............
............3.............
Seorang pemuda membuka langkah lalu terjun kedalam sungai. Dia berenang sekuat hati. Buaya-buaya tersebut tetap menjalankan tugas. Buaya itu mengejar pemuda itu. Lalu, pemuda itu mengejar buaya itu balik. Lalu, buaya itu menggigit pemuda dan lalu.........pemuda itu menggigit buaya itu balik.

Sehinggalah, pemuda itu sampai diseberang.

Sultan kagum.

Sultan: Kau sangat berani! Dengan ini, terimalah puteri beta.

Pemuda itu menggeleng....

Pemuda: Hamba tidak mahu berkahwin dengan puteri tuanku.

Sultan jatuh kehairanan.

Sultan: Habis, kau mahu jadi lebih kaya? Mahu harta?

Pemuda itu menggeleng lagi.

Pemuda: Saya cuma mahu mencari orang yang tolak saya kedalam sungai tadi.

:D

****
Lawak yang kedua(aku rasa ni bukan lawak tapi lebih kepada menyampaikan maksud yang mendalam.

Uztaz tue kononnya menceritakan tentang dirinya sendiri.

Pagi tadi, beliau ambik baju yang disangkutkan kat belakang pintu. Beliau ternampak ada seekor semut masok dalam poket baju tue. Tapi, uztaz teruskan saje program. Beliau ker SMKSA, then ke dua lagi tempat untuk menyampaikan ceramah beliau. then, beliau ke masjid menunaikan solat Jumaat. then, barulah balik rumah. Uztaz menyangkutkan baju tadi tue kat belakang pintu. Semut tue pown keluar. Dia jumpa kawan-kawan dia.. Dia cerita yang dia telah pergi ke tiga tempat sepanjang hari niey. Kawan-kawan dia tak percaya. Then dia cakap yang dia tumpang kawannya..

**So,, dari cerita tue,, Uztaz Norazman nak sampaikan bahawa Rasullulah menumpang kuasa Allah swt ketika peristiwa tersebut.

Sekian..

:D

0 idealistic:

 
Blog Template by Delicious Design Studio