Sunday, November 9, 2008

Kenapa??

Tittle ni sebenarnya masih tak dapat terungkap sampailah saat ni..

Tepat jam 6.43 petang tadi, handphone aku berbunyi. Mesej! aku dikejutkan dengan satu berita yang tidak aku sangkakan hinggap ditelinga ni. Si dia accident. Kene langgar kereta.. Dah lama accident tu berlaku(hari raya ketiga) tetapi baru aku tahu melalui rakanku yang berjiran dengan saudara si dia. Mungkin saudaranya tu baru mahu membuka cerita. Apa yang diberitahu kepadaku, tanganya patah. Tulang-temulangnya terkeluar. Si dia baru keluar hospital dan masih lagi perlu menjalankan rawatan fisioterapi. Tangannya terkulai begitu sahaja. Mungkin tidak berdaya lagi untuk menggerakkan tangan lagi. Kasihan dia.. Aku terkejut kerana tangannya masih mengalami pendarahan yang teruk. Darah tidak henti-henti keluar. Dia refuse untuk pergi hospital. Tapi terpaksa sebab kene paksa dengan mak saudara. Bunyinya macam teruk.

Saat ini aku dan si dia tiada lagi apa-apa talian. Walaupun sebagai kawan. Tidak lagi! Tetapi kenapa tatkala aku membaca mesej tu, jariku menggigil. Hatiku berdebar dan sebak. Ya Allah... Ringankanlah kesakitan yang dialaminya. Aku telah ampunkan segala apa yang dia sakitiku dulu.

Aku menggagahkan jua jari-jemariku untuk bertanya lagi. Kasihan dia.. Ibunya langsung tidak ambil peduli... makan pakainya semuanya diuruskan oleh ibu saudaranya yang amat berhati mulia itu. Aku mendoakan keberkatanmu, si dia...

haruslah skema sikit ayat tatkala sedang kesedihan..

0 idealistic:

 
Blog Template by Delicious Design Studio